Thursday 17 December 2015

Tahap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Di Malaysia



Penggunaan media sosial dalam perniagaan di Malaysia pada hari dilihat semakin rancak. Kebanyakan perniaga-perniaga telah menggunakan media sosial sebagai platform dalam pemasaran produk dan perkhidmatan mereka. Malah proses urusniaga turut dibuat melalui media sosial. Ini juga turut melibatkan bukan sahaja syarikat-syarikat yang berdaftar, malah turut digunakan oleh individu-individu secara peribadi dalam memasarkan produk jualan mereka.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), statistik pengguna Internet pada 2011 menunjukkan terdapat hampir 17 juta pengguna di negara ini. Laman sembang sosial seperti Facebook pula mencapai lebih 13 juta pengguna dengan purata individu menghabiskan masa melayari Facebook 22.3 jam seminggu. Ini kerana, ketika ini Facebook platform berkesan dalam menyampaikan maklumat seperti produk terkini yang disampaikan melalui rakan sama minat yang menjadikan penyampaian maklumat itu dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tepat dengan sasaran. Ia juga menunjukkan aktiviti penjualan dan pembelian melalui Internet turut meningkat secara mendadak dengan sektor Internet pada 2010 menyumbang 4.1 peratus berbanding negara maju lain dengan kadar purata 3.4 peratus.

Statistik penggunaan internet pada 2011

Menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia, dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook. Berikut beberapa angka menarik daripada laporan itu;
·          Jumlah pengguna internet di Malaysia berjumlah 19,200,408 orang.
·         Terdapat 15,600,000 pengguna Facebook yang aktif di Malaysia.
·         Purata masa digunakan pengguna internet di Malaysia setiap hari ialah 5 jam 36                   minit.
·         Purata masa digunakan oleh pengguna media sosial di Malaysia untuk media                       sosial ialah 3 jam 17 minit
·         Peratus pengguna media sosial daripada jumlah populasi Malaysia ialah 64%

Laporan Prestasi Industri 2013

Cuba kita bayangkan pada tahun 2015 ini bagaimana dengan peningkatan jumlah pengguna internet? Sudah pasti akan lebih meningkat disebabkan perkembangan teknologi yang semakin kehadapan. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada aktiviti perniagaan melalui media sosial. Sebagai contoh pembeli mudah mengakses barang yang ingin dibelinya melalui media sosial seperti Instagram, Whatsapp dan sebagainya, kerana faktor kejatuhan harga pada telefon bimbit dan juga plan internet mudah alih yang mampu dimiliki oleh sesiap sahaja termasuk pelajar-pelajar sekolah.
Syarikat-syarikat perniagaan yang ada di Malaysia patut merebut peluang dalam perkembangan sektor Internet ini terutama dalam sektor e-dagang. Antara faktor yang menjadikan sektor ini mudah dimulakan antaranya kerana kos permulaan perniagaan lebih rendah, pemasaran lebih meluas dengan sasaran pengguna lebih spesifik, pengurusan perniagaan automatik dalam hubungan pelanggan dan kos pemasaran jauh lebih murah berbanding pemasaran konvensional.



No comments:

Post a Comment