Laman
media sosial adalah salah satu alat untuk berkongsi dan berhubung dengan
sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Sehinggakan pada masa ini,
sesiapa yang tidak memiliki akaun laman media sosial akan dianggap sebagai
ketinggalan zaman. Perkara ini telah banyak mempengaruhi masyarakat sekeliling
dengan memberi kesan yang positif mahupun negatif, perkara ini tergantung
bagaimana pengguna memanfaatkan kemudahan yang diberikan. Di antara laman media
sosial yang popular ialah 'Facebook', 'Instagram', 'Blog', 'Twitter',
'WhatsApp' dan 'Google+'.
Kesan
positif laman media sosial, yang utama ialah sebagai alat perhubungan, dengan
adanya laman media sosial dapat membantu orang ramai berhubung dengan sesiapa
sahaja di seluruh dunia di alam maya, dan seterusnya dapat berkomunikasi
bersama rakan sekolah atau rakan kampung yang telah lama ditinggalkan. Selain
itu, laman media sosial juga boleh digunakan sebagai tempat perhubungan pemimpin
dan masyarakat, perniaga dengan pengeluar produk dan pembeli.
Kepentingan
laman media sosial dalam perniagaan paling ketara dilihat sebagai alat
pemasaran produk untuk perniagaan. Laman media sosial ini amat berguna bagi
sesetengah pengguna yang menjalankan perniagaan secara online iaitu sebagai
satu platform untuk memasarkan produk mereka secara berkesan dan mudah, memberi
maklumat terkini tentang produk yang dikeluarkan dan memudahkan peniaga untuk
membetulkan kesalahan yang terdapat pada pengiklanan produk.
Banyak syarikat yang belum
cukup faham tentang faedah-faedah apabila sesebuah syarikat menyertai rangkaian
sosial, manakala syarikat-syarikat yang memahaminya telah menjadikannya
keutamaan dalam melaksanakan kegiatan pemasaran. Berikut adalah sebahagian
daripada faedah-faedahnya:
I.
Khidmat Pelanggan.
Tiada cara yang lebih baik
untuk memastikan para pelanggan sentiasa gembira selain daripada menyediakan
kaedah yang membolehkan para pelanggan mendapat maklumat penuh dan sokongan
tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Rangkaian media sosial
membolehkan anda sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan, dan dengan itu
memberi perkhidmatan yang sentiasa diingati dan diberi ganjaran dengan
pembelian baru.
II.
Promosi produk.
Rangkaian sosial bukan sekadar
untuk penjualan produk atau perkhidmatan, sebaliknya, ia bertujuan untuk
mendengar dan berkomunikasi. Ia merupakan saluran yang sangat penting dalam
mempromosikan produk baru. Ia juga merupakan saluran yang baik untuk
mempromosikan laluan (traffic) ke laman web anda.
III.
Kajian Pemasaran secara real time.
Berbeza dengan sebelum ini,
sekarang kita boleh mendapatkan banyak data tentang produk atau perkhidmatan,
termasuk maklumat tentang projek baru atau perasmiannya, secara real time.
Lebih mudah untuk mendapatkan informasi yang dapat membantu memperbaiki dan
memajukan produk dan perkhidmatan dengan penyertaan yang dapat membawa
maklumbalas yang bernilai.
IV.
Lubuk Jualan
Jualan akan menjadi lebih
mudah apabila terdapat banyak pelanggan yang berpotensi ‘potential customer’.
Di mana banyak orang, di situ banyak peluang jualan akan berlaku. Bayangkan
jika anda membuka kedai di belakang lorong-lorong kecil jalan yang terletak di
bahagian belakang dan jauh dari pandangan orang ramai. Sudah tentu jualan anda
sedikit. Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan berjenama seperti Jusco
dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di kawasan yang mempunyai
kepadatan penduduk yang besar. Sama juga seperti laman
sosial yang mempunyai ramai pengguna. Ini membuka peluang jualan yang
lebih besar. Dengan menggunakan laman sosial, sesebuah perniagaan akan mudah
untuk dikenali di kawasan jualan yang tinggi.
V. Pemasaran Percuma
Laman
media sosial
tidak memerlukan sebarang kos untuk pengguna mendapatkan satu akaun. Kebanyakan
akaun untuk laman media sosoa diberikan secara percuma. Hanya memerlukan
pengguna mendaftar menggunakan email sahaja dan akan mendapat katakunci untuk melakukan
penjualan melalui laman sosial ini. Walaubagaimanapun terdapat juga laman media sosial yang mengenakan
bayaran terhadap sebarang pemasaran perniagaan. Ini dikenakan bagi peniaga yang
inginkan pemasaran yang lebih efektif dan lebih kerap.
No comments:
Post a Comment