Dalam era masyarakat yang sentiasa mengejar pembangunan untuk
merealisasikan impian ke arah kehidupan lebih moden, Internet telah mencetuskan
gelombang perubahan dalam proses sosialisasi dan kehidupan masyarakat. Perubahan
ini termasuklah perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan
kemajuan maklumat yang memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap pemikiran,
ideologi dan budaya tanpa batasan sempadan serta kawalan. Di Malaysia
khususnya, dapat kita lihat pelbagai bentuk cabaran yang perlu dihadapi dalam
menangani masalah penggunaan media sosial yang semakin membimbangkan.
Masyarakat Malaysia pada hari ini berlumba-lumba menguasai penggunaan media
sosial bagi mengejar pembangunan yang bersifat meterialistik atau kebendaan.
Media
sosial dijadikan tempat berinteraksi, menyampaikan maklumat dan propaganda,
ruangan iklan, mencari rakan lama, interaksi keluarga, bertukar pendapat serta
sebagai wadah pembelajaran dan sumber rujukan yang interaktif dan kreatif.
Media sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa
sempadan dan kaedah ini menjimatkan waktu. Melalui Internet, apa sahaja yang
diperlukan boleh diperoleh jawapan dengan mudah.
Oleh
kerana komunikasi di media sosial lebih terbuka, maka ia akan mengundang risiko
yang tinggi terhadap maklumat peribadi dan keluarga yang mudah diakses oleh
pengguna yang tidak dikenali. Melalui maklumat-maklumat yang didapati ini maka
mudah bagi penjenayah untuk melakukan jenayah seperti rompak, culik, rogol dan
sebagainya kerana maklumat peribadi mangsa mudah terdedah seperti alamat tempat
tinggal, pekerjaan mangsa, harta peribadi dan sebagainya. Ini memberi cabaran
yang besar kepada pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menangani pelbagai jenayah
yang semakin berleluasa ekoran penggunaan media sosial yang tidak dikawal.
Selain itu juga, cabaran yang dapat kita lihat dari
penggunaan media sosial ini adalah apabila ada segelintir masyarakat di
Malaysia yang menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi, merosakkan dan
menjatuhkan individu lain, melakukan jenayah siber serta mempermainkan isu
keselamatan rakyat dan negara. Perbuatan ini akan mendatangkan kesan negatif,
menjejaskan integriti diri dan menyalahi undang undang Negara.
Dengan perkembangan dan
kemajuan media sosial di Malaysia, keselamatan negara telah terbuka dengan
pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan
ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu
politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. Segala jenis perbincangan
yang diutarakan didalam media sosial dapat dilihat dan diketahui oleh seluruh
dunia. Walaupun ada sesetengah perkara yang direka-reka semata-mata meraih
keuntungan peribadi, namun ada juga mudah mempercayainya lalu menyebarkan
sehingga ke luar negara dan perkara ini boleh memberi ancaman kepada
keselamatan negara.
Justeru itu, cabaran dalam menghadapi jenayah siber adalah merupakan
satu cabaran yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama dari pihak
kerajaan sendiri. Jenayah-jenayah ini
termasuklah menyebar berita sama ada palsu atau pun yang tidak, judi siber,
skim cepat kaya, pornografi dan penggodam yang kini semakin berleluasa.
Langkah-langkah yang proaktif perlu dilaksanakan agar ia tidak menjadi semakin parah dan boleh merosakkan
masyarakat terutamanya golongan belia yang mudah terpengaruh. Peranan
masyarakat juga perlu dimainkan bagi memberi
kesedaran kepada mereka-mereka yang terjebak dengan jenayah siber ini.
Banyak masalah dan tantangan yang menghalangi penggunaan media sosial, salam blogger dari saya di Indonesia
ReplyDeleteCasinos Near Foxwoods, CT - JTHub
ReplyDeleteFind 거제 출장마사지 casino & resort 안양 출장안마 amenities near Foxwoods Resort Casino, including a 익산 출장안마 bowling alley, a full 김해 출장마사지 bar, a beauty 상주 출장안마 parlour, a bar,