Sunday, 13 December 2015

Sejarah Dan Evolusi Media Sosial



Penggunaan media sosial awalnya bermula pada tahun 1978 dari penemuan sistem papan buletin, yang membolehkan pengguna memuat naik atau memuat turun sebarang informasi, serta dapat berkomunikasi dengan mengunakan surat elektronik yang sambungan internetnya masih terhubung dengan saluran telefon dan modem. Sistem papan buletin ini ditemukan oleh Ward Christensen dan Randy Suess yang kedua-duanya merupakan pencinta dunia komputer.  Namun, perkembangan media sosial yang pertama kali dilakukan melalui pengiriman surat elektronik pertama oleh peneliti ARPA ( Advanced Research Project Agency) pada tahun 1971.
Pada tahun 1995, penggunaan media sosial semakin mudah dan berkembang dengan kemunculan Laman Web GeoCities, yang merupakan Web Hosting untuk layanan penyewaan penyimpanan data – data. Laman web ini mudah di akses di mana saja, dan kemunculan laman web GeoCities ini menjadi tonggak dari berdirinya laman web yang lain.
Namun, laman media sosial pertama yang telah dipersetujui oleh semua orang adalah media sosial laman web sisdegree.com. Ia dinamakan selepas ‘six degrees separation theory’ dan berlangsung dari tahun 1997 hingga tahun 2001. Dari sixdegree.com, internet berpindah ke era blog dan mesej segera. Walaupun blog mungkin tidak kelihatan seperti media sosial dengan tepat, istilah sesuai kerana orang ramai tiba-tiba dapat berkomunikasi dengan blog lain dengan serta-merta dan juga pembaca lain. Istilah "blog" adalah satu bentuk frasa "Weblog" yang dicipta oleh Jorn Barger, blogger awal yang merupakan editor laman "Robot Bijaksana."
Pada tahun 1999 pula, muncul laman sesawang membuat blog pribadi, yang dinamakan Blogger. Laman sesawang ini menawarkan kepada penggunanya untuk membuat laman seswang sendiri sehingga pengguna boleh memuat naik segala perkara ke dalam blognya termasuk hal pribadi termasuk  mengkritik pemerintah. sehingga perkembangan ini menjadi tunggak utama kepada Media Sosial itu sendiri.
Setelah era penggunaan blog, pada tahun 2002 pula muncul Friendster iaitu  laman sesawang jejaring sosial yang pada saat itu menjadi sangat meletup dan merupakan fenomena baru terhadap perkembangan media sisial. Ia menjadi tarikan baru terutamanya pada remaja-remaja dalam berhubung secara maya.
Pada tahun 2003, muncul LinkedIn, bukan hanya digunakan untuk bersosial, LinkedIn juga digunakan untuk mencari pekerjaan, dan membuktikan bahawa fungsi Media Sosial semakin berkembang. Pada tahun ini juga munculnya MySpace yang menawarkan kemudahan yang lebih mudah dan berinovasi dalan perhubungan secara maya, sehingga myspace di katakan laman sesawang sosial yang user friendly.
Pada tahun 2004 lahirnya Facebook, yang merupakan laman sesawang sosial yang paling terkenal sehingga kini. Diasan dan dimiliki sepenuhnya oleh bekas mahasiswa di Universiti Havard iaitu Mark Zuckerberg. Anak kelahiran Dobbs Ferry, Westchester County, kota New York ini telah menjadiakan laman sesawang ini sebagai medan media sosial yang memiliki anggota terbanyak dari seluruh dunia.
Pada tahun 2006 lahirnya Twitter, laman sesawang sosial yang berbeza dengan yang lainnya, ini karena pengguna dari Twitter hanya boleh mengemaskini status yang dipanggil sebagai Tweet dan hanya di benarkan sehingga 140 patah perkataan sahaja.


Tidak lama kemudian pada tahun 2007, terdapat berpuluh-puluh laman web lain muncul dan menyediakan perkhidmatan media sosial yang pelbagai jenis. Flickr adalah salah satu yang paling awal dan masih merupakan salah satu media sosial paling popular dalam laman perkongsian foto, termasuk Photobucket dan Instagram. Instagram semakin popular hari ini sebagai salah satu daripada laman media sosial untuk memasukkan bahagian pada kad perniagaan dan media lain.
Tumblr, sebuah laman web microblogging bermula pada tahun 2007 oleh David Karp dan kini dimiliki oleh Yahoo, adalah salah satu laman web yang boleh dilihat bercambah dalam tahun 2000-an.
Foursquare juga merupakan laman web yang popular untuk seketika, terutamanya dengan telefon pintar yang digunakan begitu meluas, dan kemudian ada Pinterest, Spotify, dan lain-lain lagi. Sebahagian daripada platform media sosial yang paling popular pada tahun 2000-an termasuk: Google Buzz, Loopt, Blippy, dan Groupon.
Pada tahun 2011 lahirnya Google+, google melancarkan laman sesawang sosialnya yang bernama google+, namun pada awal pelancarannya, google+ hanya terbatas pada orang yang telah di jemput (invite) oleh google. Setelah beberapa ketika barulah google+ di lancarkan secara umum.
Pada sekitar tahun 2012-2015, salah satu perkara yang sedang berlaku dalam tempoh masa kini adalah bahawa media sosial bukan sahaja digunakan secara meluas untuk tujuan perhubungan peribadi, ia juga menjadi meluas dalam perniagaan. Sehingga kini , media sosial terus berkembang dan mula menjadi salah satu cara di mana pemasar internet (internet marketer) dan pemilik laman web akan meningkatkan kebolehan dan fungsi laman web mereka. Manfaat media sosial dalam bidang pemasaran untuk perniagaan mula jelas kepada pemilik perniagaan besar dan kecil. Perkembangan media sosial dari dulu sehingga kini amat memudahkan semua pihak terutamanya dalam bidang perniagaan.


 


No comments:

Post a Comment