Sunday, 13 December 2015

Pengenalan



Media sosial adalah suatu wadah atau tempat di mana manusia dapat berkomunikasi sesame pengguna(user) secara langsung atau tidak langsung dan memerlukan sambungan internet bagi membolehkan kita berkomunikasi antara satu sama lain. Melaui media sosial ini pengguna dapat berkongsi informasi seperti peristiwa, berkongsi foto, dan dapat juga untuk menambah pengetahuan melalui perkongsian idea serta boleh dijadikan medan untuk mencari atau menambah kenalan. Internet merupakan salah satu aspek penting dalam berhubungan di dalam aplikasi media sosial. Era perkembangan yang pesat telah mewujudkan pelbagai aplikasi media sosial seperti facebook, twitter, myspace dan Friendster yang diguanakan oleh semua lapisan masyrakat untuk kepentingan sendiri mahupun organisasi yang lebih besar. Perkembangan ini turut menyumbang kepada penggunaan dalam perniagaan diseluruh dunia khususnya di Malaysia.
Menurut tinjauan yang telah dibuat oleh socialmediaexaminer.com, ramai usahawan setuju bahawa media sosial memainkan peranan penting dalam memasarkan produk mereka kepada pelanggan mereka yang dikenali dan juga tidak dikenali. Melalui tinjauan yang dibuat, 58% sangat bersetuju, 34% setuju, 7% tidak pasti, manakala yang tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing bernilai 1% sahaja.
Penulisan di blog ini akan menunjukkan sendiri mengenai perkembangan media sosial serta kepentingannya dalam bidang perniagaan. Selain itu ia juga akan menyentuh tahap penggunaannya di Malaysia dan juga diperingkat global. Akhir sekali, penulisan ini akan menyentuh cabaran-cabarang serta halangan penggunaan media sosial di Malaysia dan juga faktor-faktor pendorong penggunaan media sosial. Diharap penulisan ini akan memberi  kita lebih kefahaman terhadap penggunaan media sosial di era globalisasi ini.




No comments:

Post a Comment