Dalam perniagaan yang semakin
tinggi tahap persaingannya, media sosial telah memainkan peranan yang penting
kepada syarikat-syarikat kecil dan besar. Malah jika kita lihat pada zaman
teknologi masa kini yang berada dalam era globalisasi, bukan peniaga-peniaga
kecil sahaja yang menggunakan media sosial
untuk aktiviti pemasaran mereka, malah syarikat-syarikat besar juga tidak
ketinggalan untuk menggunakan media sosial bagi
aktiviti pemasaran mereka. Ada banyak alasan mengapa para pemasar (marketing) memilih pemasaran
menggunakan media sosial, diantaranya adalah
untuk meminimakan kos pengiklanan mereka dan pemasaran dapat dilakukan dengan
cepat.
Diperingkat global, kebanyakan
perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media
sosial sebagai media publisiti untuk mengenalkan jenama mereka. Ini
kerana mereka tahu dengan pengguna media sosial
yang sangat ramai, mereka dapat memperkenalkan jenama mereka melalui cara ini dengan
mudah dah cepat serta melangkaui sepadan negara, malah dengan menawarkan harga
yang jauh lebih murah lagi. Ini disebabkan kos pemasaran melalui media sosial
lebih rendah berbanding pemasaran melalui medium-medium lain.
Terdapat juga perusahaan dan
perniagaan yang menggunakan media sosial untuk menyediakan ruangan khidmat
pelanggan mereka. Dengan cara ini sahaja mereka boleh memberikan khidmat yang
lebih cepat malah dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka yang
sedia ada. Mereka dapat mengekalkan hubungan jangka panjang dengan
pelnggan-pelanggan mereka termasuk pelanggan-pelanggan dari luar negara. Itulah
sebabnya mengapa media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam
pemasaran masa kini di peringkat global.
Selain dari itu, media sosial
juga memudahkan perniaga membandingkan harga jualan mereka dengan
pesaing-pesaing mereka di serata dunia. Maklumat perniagaan mudah diakses dari
dalam dan luar negara akibat dari perkembangan globalisasi masa kini. Ditambah
lagi dengan kemudahan internet yang terdapat diseluruh pelusuk dunia.
No comments:
Post a Comment