Thursday, 17 December 2015

Faktor-Faktor Pendorong Penggunaan Media Sosial



Kehidupan manusia pada era digital seperti sekarang ini, tidak dapat dipisahkan dengan apa yang dinamakan Internet. Internet menjadi bahagian penting dalam membantu dan mempermudahkan manusia dalam menjalani kegiatan sehariannya. Pendorong utama penggunaan media sosial adalah disebabkan peningkatan jumlah pengguna Internet dari tahun ke tahun juga disebabkan oleh perkembangan ilmu teknologi yang melahirkan berbagai macam bentuk media baru terutamanya media sosial. Media sosial adalah wadah dari perkembangan ilmu dan teknologi yang secara tidak langsung mempengaruhi budaya dan kebiasaan masyarakat. Media sosial yang terkenal saat ini antara lain Facebook, Twitter dan Myspace. Keunggulan media sosial dibandingkan media konvensional adalah maklumbalas secara terbuka, saling berkomentar dalam waktu cepat dan tidak terbatas. Setiap pengguna bebas melontarkan pendapat mengikut sudut pandang mereka tanpa menghiraukan kesan buruk terhadap perkara-perkara negatif yang dilontarkan.
 Hasil dari kemudahan penggunaan internet dikalangan masyarakat, maka ia mendororong penggunaan media sosial dan dijadikan medium untuk menjalankan perniagaan atas talian atau dikenali sebagai bisnis online. Kemudahan internet yang boleh didapati dimana sahaja menjadikan media sosial sebagi satu alat komunikasi masa kini. Ditambah dengan kesibukan masa khususnya warga yang tinggal di bandar-bandar besar untuk membeli belah. Ini mendorong ke arah penggunaan media sosial terutamanya dalam membuat pembelian di atas talian (online shopping).    Untuk pengetahuan umum, online shopping adalah merupakan pembelian yang dilakukan menerusi talian internet sebagai media pemasaran dengan menggunakan website sebagai katalog. Salah satu kelebihan online shopping yaitu selain pembeli boleh melihat rupa bentuk sesuatu produk yang sudah ada, pembeli juga boleh memohon rupa bentuk yang dinginkan sendiri kemudian melakukan pembayaran secara online.
Selain dari itu, faktor pendorong kepada penggunaan media sosial adalah dilihat dalam proses menimba ilmu. Segala ilmu pengetahuan dapat disebarkan dengan mudah melalui penggunaan media sosial seperti facebook, twitter, myspace, wassapp dan sebagainya. Video-video dan audio-audio berbentuk ilmiah dapat disebar luas melalui penggunaan media sosial ini. Ini dapat memberi manfaat kepada setiap pengguna terutamanya para pelajar. Mereka juga boleh bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan mengenai apa jua perkara pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Selain dari itu, penyebaran maklumat yang pantas juga turut mendorong penggunaan media sosial pada hari ini. Sebagai contoh apabila berlaku sesuatu perkara, segelintir pengguna akan segera memuat naik berita tersebut melalui status-status mereka. Namun, perkara ini perlu diambil perhatian agar tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak dalam menyebarkan berita-berita palsu. Segala maklumat yang disampaikan perlulah kita bersedia untuk dipertanggungjawabkan. Bersesuaian dengan cara hidup masyarakat pada hari ini yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka, maka media sosial dijadikan satu platform untuk berinteraksi sesama mereka. Walaupun ada kenalan yang mereka tidak kenali sama sekali, turut dijadikan rakan di alam maya. Mereka hanya berinteraksi menggunakan media sosial dan tidak di alam nyata. 



Cabaran & Halangan Penggunaan Media Sosial di Malaysia



Dalam era masyarakat yang sentiasa mengejar pembangunan untuk merealisasikan impian ke arah kehidupan lebih moden, Internet telah mencetuskan gelombang perubahan dalam proses sosialisasi dan kehidupan masyarakat. Perubah­an ini termasuklah perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat yang memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap pemikiran, ideologi dan budaya tanpa batasan sempadan serta kawalan. Di Malaysia khususnya, dapat kita lihat pelbagai bentuk cabaran yang perlu dihadapi dalam menangani masalah penggunaan media sosial yang semakin membimbangkan. Masyarakat Malaysia pada hari ini berlumba-lumba menguasai penggunaan media sosial bagi mengejar pembangunan yang bersifat meterialistik atau kebendaan.
Media sosial dijadikan tempat berinteraksi, menyampaikan maklumat dan propaganda, ruangan iklan, mencari rakan lama, interaksi keluarga, bertukar pendapat serta sebagai wadah pembelajaran dan sumber rujukan yang interaktif dan kreatif. Media sosial juga telah membuka dunia komunikasi dengan lebih luas tanpa sempadan dan kaedah ini menjimatkan waktu. Melalui Internet, apa sahaja yang diperlukan boleh diperoleh jawapan dengan mudah.
Oleh kerana komunikasi di media sosial lebih terbuka, maka ia akan mengundang risiko yang tinggi terhadap maklumat peribadi dan keluarga yang mudah diakses oleh pengguna yang tidak dikenali. Melalui maklumat-maklumat yang didapati ini maka mudah bagi penjenayah untuk melakukan jenayah seperti rompak, culik, rogol dan sebagainya kerana maklumat peribadi mangsa mudah terdedah seperti alamat tempat tinggal, pekerjaan mangsa, harta peribadi dan sebagainya. Ini memberi cabaran yang besar kepada pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menangani pelbagai jenayah yang semakin berleluasa ekoran penggunaan media sosial yang tidak dikawal.
Selain itu juga, cabaran yang dapat kita lihat dari penggunaan media sosial ini adalah apabila ada segelintir masyarakat di Malaysia yang menyalahgunakannya untuk kepentingan peribadi, merosakkan dan menjatuhkan individu lain, melakukan jenayah siber serta mempermainkan isu keselamatan rakyat dan negara. Perbuatan ini akan mendatangkan kesan negatif, menjejaskan integriti diri dan me­nyalahi undang undang Negara.
Dengan perkembangan dan kemajuan media sosial di Malaysia, keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang. Segala jenis perbincangan yang diutarakan didalam media sosial dapat dilihat dan diketahui oleh seluruh dunia. Walaupun ada sesetengah perkara yang direka-reka semata-mata meraih keuntungan peribadi, namun ada juga mudah mempercayainya lalu menyebarkan sehingga ke luar negara dan perkara ini boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara.
Justeru itu, cabaran dalam menghadapi jenayah siber adalah merupakan satu cabaran yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama dari pihak kerajaan sendiri.  Jenayah-jenayah ini termasuklah menyebar berita sama ada palsu atau pun yang tidak, judi siber, skim cepat kaya, pornografi dan penggodam yang kini semakin berleluasa. Langkah-langkah yang proaktif perlu dilaksanakan agar ia tidak  menjadi semakin parah dan boleh merosakkan masyarakat terutamanya golongan belia yang mudah terpengaruh. Peranan masyarakat juga perlu dimainkan bagi memberi  kesedaran kepada mereka-mereka yang terjebak dengan jenayah siber ini.

Tahap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Di Malaysia



Penggunaan media sosial dalam perniagaan di Malaysia pada hari dilihat semakin rancak. Kebanyakan perniaga-perniaga telah menggunakan media sosial sebagai platform dalam pemasaran produk dan perkhidmatan mereka. Malah proses urusniaga turut dibuat melalui media sosial. Ini juga turut melibatkan bukan sahaja syarikat-syarikat yang berdaftar, malah turut digunakan oleh individu-individu secara peribadi dalam memasarkan produk jualan mereka.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), statistik pengguna Internet pada 2011 menunjukkan terdapat hampir 17 juta pengguna di negara ini. Laman sembang sosial seperti Facebook pula mencapai lebih 13 juta pengguna dengan purata individu menghabiskan masa melayari Facebook 22.3 jam seminggu. Ini kerana, ketika ini Facebook platform berkesan dalam menyampaikan maklumat seperti produk terkini yang disampaikan melalui rakan sama minat yang menjadikan penyampaian maklumat itu dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tepat dengan sasaran. Ia juga menunjukkan aktiviti penjualan dan pembelian melalui Internet turut meningkat secara mendadak dengan sektor Internet pada 2010 menyumbang 4.1 peratus berbanding negara maju lain dengan kadar purata 3.4 peratus.

Statistik penggunaan internet pada 2011

Menurut Laporan Prestasi Industri 2013 yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia, dan 15.6 juta daripada mereka aktif dalam Facebook. Berikut beberapa angka menarik daripada laporan itu;
·          Jumlah pengguna internet di Malaysia berjumlah 19,200,408 orang.
·         Terdapat 15,600,000 pengguna Facebook yang aktif di Malaysia.
·         Purata masa digunakan pengguna internet di Malaysia setiap hari ialah 5 jam 36                   minit.
·         Purata masa digunakan oleh pengguna media sosial di Malaysia untuk media                       sosial ialah 3 jam 17 minit
·         Peratus pengguna media sosial daripada jumlah populasi Malaysia ialah 64%

Laporan Prestasi Industri 2013

Cuba kita bayangkan pada tahun 2015 ini bagaimana dengan peningkatan jumlah pengguna internet? Sudah pasti akan lebih meningkat disebabkan perkembangan teknologi yang semakin kehadapan. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada aktiviti perniagaan melalui media sosial. Sebagai contoh pembeli mudah mengakses barang yang ingin dibelinya melalui media sosial seperti Instagram, Whatsapp dan sebagainya, kerana faktor kejatuhan harga pada telefon bimbit dan juga plan internet mudah alih yang mampu dimiliki oleh sesiap sahaja termasuk pelajar-pelajar sekolah.
Syarikat-syarikat perniagaan yang ada di Malaysia patut merebut peluang dalam perkembangan sektor Internet ini terutama dalam sektor e-dagang. Antara faktor yang menjadikan sektor ini mudah dimulakan antaranya kerana kos permulaan perniagaan lebih rendah, pemasaran lebih meluas dengan sasaran pengguna lebih spesifik, pengurusan perniagaan automatik dalam hubungan pelanggan dan kos pemasaran jauh lebih murah berbanding pemasaran konvensional.