Kehidupan
manusia pada era digital seperti sekarang ini, tidak dapat dipisahkan dengan
apa yang dinamakan Internet. Internet menjadi bahagian penting dalam membantu
dan mempermudahkan manusia dalam menjalani kegiatan sehariannya. Pendorong
utama penggunaan media sosial adalah disebabkan peningkatan jumlah pengguna
Internet dari tahun ke tahun juga disebabkan oleh perkembangan ilmu teknologi
yang melahirkan berbagai macam bentuk media baru terutamanya media sosial. Media
sosial adalah wadah dari perkembangan ilmu dan teknologi yang secara tidak
langsung mempengaruhi budaya dan kebiasaan masyarakat. Media sosial yang
terkenal saat ini antara lain Facebook, Twitter dan Myspace. Keunggulan media
sosial dibandingkan media konvensional adalah maklumbalas secara terbuka,
saling berkomentar dalam waktu cepat dan tidak terbatas. Setiap pengguna bebas
melontarkan pendapat mengikut sudut pandang mereka tanpa menghiraukan kesan
buruk terhadap perkara-perkara negatif yang dilontarkan.
Hasil dari kemudahan penggunaan internet
dikalangan masyarakat, maka ia mendororong penggunaan media sosial dan
dijadikan medium untuk menjalankan perniagaan atas talian atau dikenali sebagai
bisnis online. Kemudahan internet yang boleh didapati dimana sahaja menjadikan
media sosial sebagi satu alat komunikasi masa kini. Ditambah dengan kesibukan
masa khususnya warga yang tinggal di bandar-bandar besar untuk membeli belah.
Ini mendorong ke arah penggunaan media sosial terutamanya dalam membuat
pembelian di atas talian (online shopping). Untuk
pengetahuan umum, online shopping adalah merupakan pembelian yang dilakukan menerusi
talian internet sebagai media pemasaran dengan menggunakan website sebagai
katalog. Salah satu kelebihan online shopping yaitu selain pembeli boleh melihat
rupa bentuk sesuatu produk yang sudah ada, pembeli juga boleh memohon rupa
bentuk yang dinginkan sendiri kemudian melakukan pembayaran secara online.
Selain
dari itu, faktor pendorong kepada penggunaan media sosial adalah dilihat dalam
proses menimba ilmu. Segala ilmu pengetahuan dapat disebarkan dengan mudah
melalui penggunaan media sosial seperti facebook, twitter, myspace, wassapp dan
sebagainya. Video-video dan audio-audio berbentuk ilmiah dapat disebar luas
melalui penggunaan media sosial ini. Ini dapat memberi manfaat kepada setiap
pengguna terutamanya para pelajar. Mereka juga boleh bertukar-tukar pendapat
dengan rakan-rakan mengenai apa jua perkara pada bila-bila masa dan di
mana-mana jua.
Selain
dari itu, penyebaran maklumat yang pantas juga turut mendorong penggunaan media
sosial pada hari ini. Sebagai contoh apabila berlaku sesuatu perkara,
segelintir pengguna akan segera memuat naik berita tersebut melalui
status-status mereka. Namun, perkara ini perlu diambil perhatian agar tidak
disalahgunakan oleh sesetengah pihak dalam menyebarkan berita-berita palsu.
Segala maklumat yang disampaikan perlulah kita bersedia untuk dipertanggungjawabkan.
Bersesuaian dengan cara hidup masyarakat pada hari ini yang terlalu sibuk
dengan urusan harian mereka, maka media sosial dijadikan satu platform untuk
berinteraksi sesama mereka. Walaupun ada kenalan yang mereka tidak kenali sama
sekali, turut dijadikan rakan di alam maya. Mereka hanya berinteraksi
menggunakan media sosial dan tidak di alam nyata.